Thursday 13 December 2018

Hantu Era Victoria Didakwa Muncul Dalam Video Budak Bermain Basikal

Video yang dirakamkan oleh seorang wanita mencetuskan misteri apabila dia mendakwa 'hantu' muncul untuk melihat anaknya sedang menunggang basikal.

Hantu Era Victoria

Louise Lenton merakamkan aktiviti anaknya menaiki basikal di luar bangunan bersejarah Oldway Mansion di Paignton, sebuah bandar di selatan-barat England, lapor Devon Live.

Walau bagaimanapun, dia kemudian menyedari bahawa anaknya tidak keseorangan dalam video itu.

Rakaman itu menunjukkan seorang wanita berdiri memakai pakaian era Victoria sedang melihat anaknya bermain basikal di tempat letak kereta dari tingkap di tingkat dua bangunan tersebut.

Walaupun tidak percaya kepada aktiviti paranormal, Lenton berkata dia tidak dapat menjelaskan tentang kemunculan wanita itu.

"Saya hanya menyedarinya apabila melihat semula rakaman itu di rumah," katanya kepada Devon Live.

"Saya sangat terkejut dan pasangan saya tak dapat berkata apa-apa. Kami tak tahu 'benda' apakah itu."

Lenton menghubungi Majlis Torbay yang kemudian memberitahunya satu-satunya orang yang berada di bangunan itu adalah pengawal keselamatan.

"Apa yang dapat saya katakan sudah pasti dia bukan pengawal keselamatan.

"Baju wanita itu kelihatan mempunyai besi putih seperti pakaian zaman Victoria.

"Saya nak sangat tahu siapa atau apa yang berlaku." -mstar

Saksikan video.


Tuesday 31 July 2018

Mistik Kampung Bukit Teriak

ALOR SETAR - Pada kebiasaannya panggilan nama sesebuah tempat mempunyai peristiwa dan kejadian yang tersendiri. Begitu juga dengan sejarah dan asal usul nama Kampung Bukit Teriak yang terletak di Pokok Sena, Kedah.

Mistik Kampung Teriak

Umumnya, semua tahu bahawa ‘teriak’ bermaksud menjerit; melaung atau memekik. "Menurut cerita seorang penulis sastera, Gurdial Singh yang dipetik dari portal sasterarakyat-kedah, kampung itu diberikan nama sedemikian sejak tahun 1980-an.

Ia berkait rapat dengan kisah seorang wanita yang sarat mengandung yang sanggup meredah hutan untuk mencari buah berangan ditemani dua rakannya.

“Setelah menjumpai buah berangan, dua rakannya terus bergegas pulang dan tinggallah wanita itu keseorangan.

“Dalam usahanya mengumpul buah-buah tersebut, tiba-tiba muncul seekor harimau dan terus menyerangnya.

"Kebetulan, saat itu juga wanita tersebut mahu melahirkan anak,” katanya.

Bagaimanapun, wanita berkenaan sempat melahirkan anaknya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“Kesan daripada tangisan bayi yang baru dilahirkan itu, penduduk kampung datang beramai-ramai untuk memberi pertolongan.

“Kejadian tersebut telah meninggalkan sejarah yang tersendiri bagi penduduk kampung lalu menamakan kawasan berkenaan sebagai ‘Bukit Teriak’,”katanya.

Kisah itu turut menjadi buah mulut orang-orang tua di kampung itu yang menyampaikan cerita sama kepada anak-anak mereka.

Seorang penduduk, Shaari Saad 51 dari Kampung Bukit Teriak, mengakui kisah tersebut pernah diceritakan oleh datuk dan neneknya sejak usianya masih kecil lagi.

“Selain cerita ibu mengandung ini, kami pernah diceritakan kisah kewujudan alam bunian di atas bukit itu.

"Oleh itu, ada kedengaran bunyi seolah-olah orang teriak dari bukit berkenaan,” katanya.

Tambahnya, dia juga mempunyai pengalaman menaiki puncak bukit ketika usia 20-an bersama kawn-kawannya.

"Bagaimanapun, dia bersyukur kerana tiada perkara yang pelik berlaku ke atas mereka.

“Masa tuh masih muda. Jadi tak fikir apa-apa pun.

"Kami naik ke atas bukit sana hanya untuk suka-suka dan melihat pemandangan.

"Apa yang boleh saya katakan, pemandangan dari situ sangat indah.

"Kami dapat lihat sawah yang luas terbentang dengan kampung-kampung berdekatan," katanya.

Shaari berkata dari pengalamannya, penduduk kampung sendiri tidak berani mendaki bukit itu, kalau adapun mereka yang mempunyai 'ilmu'.

“Saya pernah dengar cerita, penduduk yang cuba mendaki ke bukit itu akan jumpa 'benda-benda’ pelik termasuk ular besar.

"Jadi penduduk di sini memang tidak berani ke bukit ini.

“Kalau ada pun, mereka pergi menoreh pokok getah di sekelilingi kaki bukit itu sahaja,” katanya. -SH

Saturday 2 June 2018

Wanita Mendakwa Boleh Hidu ‘Bau’ Kematian

NEW SOUTH WALES, Australia – Seorang wanita mendakwa bahawa dia mempunyai kelebihan untuk menghidu sejenis bau pada badan manusia yang menandakan individu itu akan mati dalam masa terdekat.

Ari Kala, 24, dari Hunter Valley mendakwa memiliki kelebihan itu ketika dia berusia 12 tahun dan mula menghidu bau berkenaan daripada badan bapa saudaranya yang menunggu detik-detik kematian.

“Malam sebelum kematiannya, saya terhidu sejenis bau janggal seolah-olah daging reput ‘manis’ di dalam rumahnya.

Tetapi orang lain gagal menghidunya,” katanya.

Bagaimanapun, Kala tidak pernah memberitahu kepada mana-mana individu bahawa mereka akan mati dalam masa terdekat kerana percaya itu bukan tanggungjawabnya.

Dia kini menjadi seorang jurulatih psikik yang membantu individu lain untuk mencungkil kuasa dalaman masing-masing.

Sebelum ini, Kala bekerja di sebuah firma sebagai setiausaha perundangan. –agensi

Friday 1 June 2018

Seram Bila Kereta Ditumpang Hantu Pengembara 'Hitchhiking'

SEORANG lelaki telah menjadi tajuk berita di negaranya selepas mendakwa berdepan fenomena paranormal yang aneh.

Lelaki Argentina itu mendakwa pengembara 'hitchiking' yang ditumpangkannya dari tepi jalan lesap dari kerusi penumpang di bahagian depan traknya, meninggalkan hanya bau hangit dan kesan kasut cair pada tikar getah kenderaannya.

Pedro Peirone, dari bandar San Jose de la Esquina, di Santa Fe, Amerika Selatan sedang memandu pulang pada 26 Februari 2018 lalu, apabila melihat seorang lelaki muda pengembara hitchiking di tepi jalan.

Seperti yang sering dilakukannya ketika dalam perjalanan di sekitar wilayah itu, Peirone menawarkan perjalanan kepada lelaki terbabit.

Walaupun dia nampak agak malu dan pendiam, Peirone berkata dia tetap kelihatan seperti pengembara lain yang biasa dijemputnya.

Katanya, sudah ramai pengembara hitchiking yang telah dibantunya dan dia tidak dapat mengingati wajah mereka, tetapi insiden terbaru ini akan kekal sebagai memori sepanjang hayatnya.

Mengimbas kejadian itu, Peirone berkata dia berharap akan mendapat lebih maklumat tentang penumpang misterinya.

Apa yang dapat diingatinya, lelaki itu datang dari bandar Arteaga dan berusia 17 tahun.

Apabila ditanya sama ada dia mahu pergi ke San Jose de la Esquina, budak itu berkata 'tidak' sambil menambah dia akan memberitahu Peirone di mana dia mahu berhenti.

"Akhirnya, dia minta saya menurunkannya di simpang jalan menuju tanah perkuburan dan sebaik sahaja tiba di situ, saya terhidu bau hangit yang dahsyat," kata Peirone kepada wartawan.

"Saya berhenti periksa jika ada benda terbakar, periksa belakang trak dan sebaik sahaja berpaling, sudah tiada sesiapa di dalam trak."

Dia dalam keadaan terkejut memeriksa kerusi penumpang dengan lebih teliti, tetapi apa yang ditemuinya adalah kesan dua tapak kaki yang cair di tikar getah kereta dan bau hangit.

Dia sempat melihat keadaan sekeliling tetapi kelibat lelaki itu tidak dapat dilihat selain tidak ada kesan tapak kaki.

Beberapa rakannya kebetulan lalu di situ dan membantunya mencari pengembara itu tetapi usaha mereka gagal.

Peirone akhirnya membuat laporan polis.

Kisahnya tersebar tular dan tidak lama kemudian lelaki itu dihubungi oleh berpuluh-puluh stesen TV dan radio untuk temubual.

Dia juga membawa beberapa wartawan ke tempat di mana penumpang itu didakwa lenyap dari traknya dan menunjukkan kepada mereka kesan kasut tikar getah cair.

Media juga melakukan sedikit kaji selidik mengenai latar belakang Peirone, untuk mengetahui sama ada dia tidak mereka-reka cerita.

Tetapi orang ramai menggambarkannya sebagai seorang yang disegani, bekerja keras dan seorang penganut Katolik yang baik.

"Saya sedikit tertekan, panik. Saya tak takut, tetapi saya tak dapat jelaskan apa yang berlaku," kata lelaki itu dalam satu temubual. - rosarioplus

Hantu Muka Pucat Bergambar Dengan Anak!

SEORANG ibu kepada dua anak mendakwa terdapat 'hantu' dalam gambar anaknya. Laura Watson dan keluarganya melawat Plessey Woods Country Park di Northumberland, England pada Isnin lalu.

Selepas berkelah dan membawa anjing peliharaan bersiar-siar, anak perempuan Watson, Charlotte, 15 dan anak lelakinya Byrin, 9, bersama sepupu mereka Jack, 16, ternampak sebatang pokok yang tinggi.

Mereka mula memanjat pokok tersebut, sementara Watson mengambil beberapa keping gambar ketiga-tiga mereka sedang bergembira.

Walau bagaimanapun, dia amat terkejut apabila melihat dengan teliti salah satu gambar yang diambilnya.

Di belakang Byrin, kelihatan seperti ada seorang lagi budak berwajah pucat, rambut warna gelap, sedang berdiri di belakang anaknya dengan tangannya memegang bahu anaknya itu.

Watson memberitahu dia sangat pasti tidak ada kanak-kanak lain di sekitar pokok itu pada masa gambar diambil.

"Kalau ada, saya akan dapat melihat mereka dan saya tidak akan mengambil gambar jika terdapat budak lain di belakangnya."

Bagi mereka yang mendakwa gambar itu disunting dengan Photoshop, Watson berkata dia tidak tahu melakukan perkara-perkara seperti itu.

"Saya buta teknologi dan saya bukan jenis orang yang akan berbuat demikian."

Watson berkata dia benar-benar ketakutan sejak melihat budak lelaki itu dalam foto dan beberapa rakan telah memberikan kata-kata semangat kepadanya di Facebook.

"Saya dan anak perempuan saya tidak dapat tidur malam tadi kerana sangat takut," katanya kepada The Daily Mail.

"Saya bimbang sekiranya ada yang mengikut kami balik."

Dia telah diberitahu kisah legenda tempatan tentang seorang budak lelaki lemas di Sungai Blyth di sekitar Plessey Woods dan tertanya-tanya apakah gambar itu adalah semangatnya.

Walaupun ketakutan, Watson berminat untuk kembali ke hutan itu untuk mengesan sebarang aktiviti paranormal lain.

"Saya tidak percaya apa-apa seperti itu sehingga saya sendiri melihatnya." -mstar

Wednesday 30 May 2018

Budak UFO' Di Jepun Mampu Hubungi UFO Melalui Telepati

MEDIA sosial di Jepun kecoh dengan berita seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang dikatakan mampu menghubungi UFO secara telepati (kemampuan berkomunikasi, saling bertukar informasi tanpa melalui deria biasa).

Beberapa gambar objek terbang yang tidak dikenal pasti yang diambil tahun lepas telah menarik perhatian ramai, terutama kumpulan peminat UFO.

Haruya Ido dirujuk sebagai 'UFO Boy' oleh media Jepun, kerana keupayaannya yang didakwa mampu menarik objek terbang yang tidak dikenali.

Toshitaro Yamaguchi, seorang penyelidik paranormal terkenal dan individu yang mula-mula sekali berkongsi gambar Haruya dengan dunia, telah menggambarkan budak lelaki itu sebagai kenalan klasik UFO dengan kemampuannya untuk menghubungi UFO melalui telepati.

Ido berjaya merakamkan gambar UFO di tempat berlainan di sekitar Jepun dalam empat keadaan berbeza tahun lepas.

Dia mendokumentasikan tentang tempat penglihatan dan butiran objek di laman webnya.

"Ia memberi refleksi pada lampu di tepi jalan, saya tertanya-tanya jika ia adalah UFO jenis Adamski," tulis Ido tentang UFO yang dilihatnya di Kobe Awaji Naruto, wilayah Hyogo, pada 29 Mac 2017.

"Objek terbang berbentuk curut yang tidak dikenal pasti ditunjukkan pada dawai elektrik di mana banyak burung berhenti bertenggek," Ido menulis tentang objek terbang panjang yang dilihatnya di Nozaki, Oita City, Osaka, pada 21 April 2017.

"Saya tak tahu, walaupun objek itu kelihatan seperti segitiga," budak itu menulis tentang 'benda' yang dirakamkannya di Kurami Hill Park, Osaka, pada 2 Mei 2017.

"Satu benda seperti lubang putih muncul, saya nampak tujuh benda bergerak dengan kelajuan tinggi dan perkara-perkara yang membuat pergerakan misteri, tetapi ia diterjemahkan apabila saya mengambil gambar.

"Saya fikir ia satu objek tapi saya tak pasti," budak UFO itu menulis tentang bentuk bulat yang dirakam pada 30 Disember 2017.

Yamaguchi, yang dirinya juga seorang kenalan UFO, mendakwa walaupun 'budak-budak UFO' tidak pernah didengari, mereka boleh mengenal pasti tempat dan masa UFO akan muncul menggunakan telepati.

Malangnya, tidak banyak maklumat tentang Ido, tetapi berdasarkan perhatian yang diraih terhadap cerita ini di media sosial Jepun, mungkin lebih banyak tentangnya akan dapat diketahui tidak lama lagi. -Naver, Yahoo Japan

Wednesday 16 May 2018

Misteri Bangkai 'Globster' Terdampar Di Pantai Mindoro

Penduduk di kepulauan Filipina, gempar dengan penemuan bangkai seekor hidupan laut gergasi digelar 'globster' yang terdampar di pantai Mindoro.

Globster misteri

Seorang penduduk tempatan, Tam Mailing berkata, kehadiran makhluk tersebut merupakan petanda awal bahawa satu bencana alam bakal berlaku di kawasan tersebut.

“Satu gempa bumi sedang menuju ke Oriental Mindiri. ‘Globster’ adalah petanda sesuatu yang buruk bakal berlaku. Tolong berdoa untuk kami,” katanya.

Menurutnya, ‘globster’ adalah nama yang diberikan kepada seekor haiwan yang tidak dapat dikenali spesiesnya.

Globster misteri

Bagaimanapun, bangkai haiwan gergasi yang berukuran kira-kira 6.1 meter itu telah meninggalkan bau yang amat busuk kepada penduduk setempat.

Pegawai Penguat kuasa Undang-Undang Perikanan, Vox Krusada berkata, pihaknya telah mengumpulkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) daripada bangkai tersebut untuk dianalisis.

Dalam pada itu, pihak Biro Perikanan dan Sumber Akuatik Mimapora telah bertindak untuk melupuskan bangkai haiwan tersebut. -k

Monday 2 April 2018

Misteri Penemuan Rangka Berjari Tiga

Rangka misteri dinamakan Maria yang hanya mempunyai tiga jari tangan dan tiga jari kaki dan telah ditemui di Peru dianggap salah satu penemuan misteri oleh pasukan penyelidik.

Misteri Penemuan Rangka Berjari Tiga

Ujian yang dilaporkan mendedahkan bahawa Maria adalah humanoid (seperti manusia) kerana mempunyai 23 kromosom, tetapi turut mempunyai beberapa perkara yang menunjukkan ia bukan manusia.

Profesor Konstantin Korotkov, dari Universiti Penyelidikan Kebangsaan Rusia berkata dia juga telah melihat empat mumia lelaki lain yang ditemui oleh rakan-rakannya di Peru, yang dipercayai wujud kira-kira 6,500 tahun lalu.

Dia memberitahu Sputnik News, "Setiap mumia kecil mempunyai dua lengan, dua kaki, kepala, sepasang mata dan mulut.

"Imbasan Tomografi mendedahkan rangka-rangka mereka.

"Tisunya mempunyai sifat biologi dan komposisi kimianya menunjukkan ia adalah manusia.

"Ia mempunyai 23 pasang kromosom, sama seperti yang kita ada.

"Keempat-empatnya adalah lelaki, masing-masing mempunyai kromosom Y.

"Ia nampak manusia tetapi tidak.

"Struktur anatomi mereka berbeza."

Pasukan yang menyelidik Maria telah melakukan penyiasatan terhadap penemuan ini sejak tahun lepas.

Laman web teori konspirasi Gaia.com menunjukkan video yang mencadangkan penemuan itu mungkin berkait rapat dengan manusia, tetapi masih datang dari luar angkasa.

Profesor Korotkov nampaknya bersetuju, "Mereka boleh jadi makhluk luar angkasa atau robot bio.

"Maria dan (bayi) Vavita mungkin merupakan wakil bangsa tertentu yang mungkin mencapai tahap kemajuan lebih awal daripada kita.

"Mungkin beribu-ribu tahun sebelumnya." -mstar

Wednesday 28 March 2018

Misteri Remaja Bertelur

Pada tahun 2015, Akmal yang kini berusia 14 tahun dari daerah Gowa di Sulawesi Selatan, menjadi tajuk utama setelah mendakwa mengeluarkan tujuh biji telur dalam masa seminggu, mendakwa dirinya mengeluarkan telur sejak 2015 dan dalam tempoh lebih dua tahun, dia sudah mengeluarkan 20 biji telur.

Misteri Remaja Bertelur

Pada masa itu, pakar perubatan bingung melihat kewujudan objek yang bentuk dan saiznya sama seperti telur ayam 'bersarang' dalam rektumnya (dubur) dan tidak ada penjelasan diberikan mengenai dakwaan yang dibuat terhadap telur-telur itu.

Sekarang, memasuki tiga tahun, Akmal kembali ke hospital sambil mendakwa dia telah mengeluarkan keseluruhan 20 biji telur.

"Dua tahun lalu dia bertelur 18 biji dan hari ini dua biji, jadi jumlahnya sudah 20 biji.

"Telur pertama saya pecahkan isinya cair berwarna kuning, tidak ada putih. Sebulan kemudian saya pecahkan lagi, tapi isinya putih tidak ada kuning," kata bapa Akmal, Rusli, di kediamannya ketika ditemui wartawan, memetik Detik.

Dua biji telur terakhir itu dikeluarkan di Hospital Syekh Yusuf di Gowa, yang mana doktor tidak mahu membuat andaian mengenai telur dan kejadian ini.

Jurucakap hospital Muhammad Taslim mencurigai telur yang berada dalam tubuh Akmal sengaja dimasukkan sendiri.

Ini kerana, katanya, mengikut logik perubatan adalah mustahil untuk telur itu berada di saluran pencernaan.

"Buat masa ini kecurigaan kita seperti itu. Tapi kita tidak melihatnya," kata Taslim ketika dihubungi, memetik Detik.

"Secara ilmiah tidak mungkin ada telur di dalam tubuh manusia. Itu tidak mungkin, apatah lagi di saluran pencernaan," katanya.

Taslim berkata Akmal berada dalam keadaan normal tetapi kini dikuarantin selama seminggu, untuk mencari jawapan kepada persoalan ini.

Taslim berkata telur-telur yang pernah dikeluarkan pada 2015 adalah telur ayam biasa.

"Dua tahun lalu kita minta telur-telur itu diperiksa. Tapi saya tidak tahu keputusan terakhir. Tapi setahu saya pemeriksaan terakhir menunjukkan ia hanya telur ayam. Kalau yang terbaru ini saya belum dapat sahkan lagi," kata Taslim.

Sementara itu, Detik melaporkan bahawa Akmal mendakwa mengalami sakit perut, yang merupakan petanda akan mengeluarkan telur.

"Tadi malam perut saya mula sakit. Saya minta bapa bawa jumpa doktor kerana sakitnya luar biasa," katanya.

"Saya tak sangka jadi begini kerana dia hanya sakit perut. Kecuali dua tahun lalu ketika pertama kali bertelur, ibunya bermimpi melihat pohon besar berbuah lebat, di mana rantingnya mampu menaungi seluruh penjuru dunia dan keesokan hari Akmal bertelur untuk pertama kali," kata bapanya. -aa

Sunday 23 July 2017

Misteri Jarum Dalam Badan Kanak-Kanak Akibat ‘Ilmu Hitam’

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun menderita kesakitan apabila tujuh batang jarum berada dalam badannya, dipercayai dilakukan oleh seorang lelaki yang menderanya dengan menggunakan ‘ilmu hitam’.

Jarum Ilmu Hitam

Kanak-kanak yang tidak didedahkan identiti itu berasal dari Bankura, India dan telah dimasukkan ke Hospital SSKM di Kolkata.

Beberapa batang jarum turut ditemui dicucuk dalam perutnya dan dia juga mengalami patah tangan.

Pembedahan dijalankan ke atasnya pada Selasa lalu dan kini doktor cuba untuk menenangkannya.

Jarum Ilmu Hitam

Ibu kanak-kanak tersebut memaklumkan kepada doktor bahawa jarum terbabit berada di dalam badan anaknya sejak 15 ke 20 hari lalu.

Dia dikatakan didera oleh majikan ibunya. Wanita itu bekerja sebagai pembantu rumah. -m

Friday 21 July 2017

Misteri Kubur San Bernardo Tukar Mayat Menjadi Mumia!

Jika orang-orang purba Mesir terpaksa menghabiskan masa beratus-ratus tahun lamanya untuk mencipta cara-cara dan memperbaiki teknik membuat mumia, sebuah kubur di San Bernardo, Colombia menjadi tumpuan apabila mayat-mayat yang dikuburkan disitu bertukar menjadi mumia dalam keranda mereka.

San Bernardo

Fenomena ini mula dikesan 15 tahun lalu oleh seorang penggali kubur, Eduardo Cifuentas.

Menurut Eduardo, mayat-mayat yang telah di'mumia'kan itu mungkin telah berada disitu sejak tahun 1957 namun tiada siapa yang menyedari keadaan itu.

Katanya lagi, masa yang berlalu menukarkan warna pakaian dan kulit mumia kepada menjadi warna kecoklatan selain turut berkedut.

Satu-satunya tempat yang berlakunya proses semulajadi mumia sebelum ini di Amerika Selatan ialah Guanajuato, sebuah pekan ditengah Mexico dimana kejadian dipercayai berlaku kerana pengaruh gas di bawah tanah dan keadaan tanah itu sendiri.

Namun, di San Bernando, keadaannya berlainan kerana mayat-mayat yang ditanam dalam bilik-bawah tanah menjadikan mayat-mayat itu tidak tersentuh tanah.

Penduduk-penduduk tempatan cuba memberikan pendapat mereka sendiri. Ada yang mengatakan ianya mungkin kerana air bersih yang ada dikampung tersebut selain kekurangan bahan kimia dalam makanan mereka.

Ada juga yang berpendapat bahawa suhu bawah tanah diperkampungan tersebut membantu proses mumia semulajadi.

San Bernardo

Pada masa sekarang sebenarnya terdapat lebih 2 dozen mumia yang didirikan secara menegak di dinding kawasan bawah tanah di perkuburan tersebut.

Buat masa ini, mumia-mumia tersebut telah menjadi tarikan utama pelancong ke Colombia.

Datuk Bandar telah mengarahkan sebuah muzium khas dibina dibelakang kawasan perkuburan itu yang mana 8 mumia yang terpelihara akan dipamerkan disitu.

sumber: sentiasapanas

Thursday 22 June 2017

‘Penampakan’ Susuk Misteri Dalam Foto Jokowi!

Sekeping gambar yang memaparkan pertemuan antara pemimpin Indonesia Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi dengan pihak Madame Tussauds Hong Kong pernah heboh diperkatakan di media sosial pada awal tahun ini.

Jokowi

Gambar yang dimuat naik Facebook Madame Tussauds itu menjadi tular selepas netizen menyedari terdapat keanehan dalam foto tersebut.

Menerusi foto itu, Jokowi yang mengenakan kemeja berwarna putih dilihat sedang berbincang bersama pihak Madame Tussaud.

Manakala, di sisi kanan Jokowi terdapat tiga lelaki dan salah seorang daripadanya ialah pembantu khasnya, Johan Budi.

Sementara, di sisi kirinya adalah wakil dari Madame Tussauds.

Namun, apa yang pelik bercampur misterinya, terdapat ‘penampakan’ seorang lagi lelaki dalam pantulan meja di hadapan Jokowi.

Jokowi

Sedangkan tiada orang yang terakam di belakang Jokowi pada ketika itu.

Dalam foto itu, lelaki misteri berkenaan dilihat mengenakan baju kemeja berwarna seakan-akan batik.

Gambar itu lantas menimbulkan tanda tanya netizen dan tidak kurang juga berpendapat ianya telah disunting.

Bagaimanapun, hanya pihak Madame Tussauds dan Jokowi sendiri yang mengetahui adakah gambar itu telah disunting ataupun penampakan itu benar-benar misteri.

Friday 31 March 2017

Misteri Keindahan Bandar Biru Jodhpur

Ribuan seni bina yang terletak di Jodhpur, Rajashtan, Utara India, menyimpan seribu satu rahsia yang masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.

Bandar Biru Jodhpur

Keadaan ini menyebabkan kita berasa seolah-olah berada di dunia lain. Boleh dikatakan bandar tersebut dipenuhi pelbagai binaan yang berwarna biru sahaja.

Lantaran keadaan itu, bandar misteri ini digelar sebagai Kota Biru kerana cuacanya yang sentiasa cerah sepanjang tahun, ia juga mendapat nama jolokan sebagai 'Sun City'.

Sepanjang tahun, bandar Jodhpur yang terletak di wilayah Rajashtan, India sentiasa dikunjungi orang ramai yang datang dari segenap pelosok dunia.

Kesemua mereka datang dengan satu impian iaitu ingin menyaksikan ribuan seni bina berwarna biru di bandar tersebut.

Bandar Biru Jodhpur [2]

Namun begitu, satu persoalan yang sering dilontarkan oleh pelancong ialah, mengapakah keseluruhan bangunan di bandar tersebut berwarna biru?

Apakah punca yang menyebabkan masyarakat di kawasan itu mengecat kediaman mereka dengan warna yang sama?

Jika dilihat dengan lojik akal, ia merupakan perkara yang paling tidak masuk akal dan warna biru bukan satu-satunya warna yang terdapat di dunia ini.

Berikutan itu, ramai dikalangan pengunjung cuba mendapatkan sendiri jawapan daripada penduduk tempatan di bandar tersebut. Malangnya, kebanyakan daripada mereka yang disoal gagal mengemukakan jawapan yang tepat.

Bandar Biru Jodhpur [3]

Pelbagai alasan dikemukakan seolah-olah ada sesuatu rahsia yang cuba disembunyikan mereka daripada pengetahuan umum.

Bagaimanapun, terdapat beberapa sumber mengaitkan pegangan agama sebagai sebab mengapa bandar itu dicat dengan warna biru.

Difahamkan, pemilihan warna biru mula menarik minat penduduk di situ sejak zaman dahulu lagi. Pada waktu itu, golongan pendeta dikatakan menjadi pelopor pertama yang mengecat kediaman mereka dengan warna biru. Kononnya warna itu dianggap sebagai warna suci yang berkait rapat dengan tuhan mereka.

Selain kepercayaan agama, masyarakat dibandar tersebut juga percaya, secara biologinya warna biru mampu menghalau kehadiran nyamuk dalam rumah mereka.

Bandar Biru Jodhpur [4]

Kepercayaan ini telah diamalkan sejak turun-temurun lagi, namun tidak diketahui siapakah pelopor idea berkenaan.

Selain itu, masyarakat kota biru Jodhpur turut menganggap warna biru mampu mengawal tekanan suhu di dalam rumah mereka.

Ia seolah-olah berfungsi sebagai sebuah penyaman udara yang dapat menyejukkan rumah secara semula jadi biarpun ketika cuaca panas.

Di wilayah Rajashtan, Jodhpur merupakan sebuah bandar kedua terbesar selepas Jaipur. Keluasan bandar ini dianggarkan sekitar 60,980 kilometer persegi. Bandar ini mempunyai populasi penduduk kira-kira 1.5 juta orang.

Walaupun bandar ini terkenal dengan kunjungan pelancong sepanjang tahun, ia bukanlah sumber pendapatan utama bagi masyarakat di sini. Sebaliknya, ia terkenal dengan pelbagai industri kraf tangan, tekstil dan besi.

Selain terkenal dengan binaan berwarna biru, bandar Jodhpur turut mempunyai keunikan sebuah kubu yang dikenali sebagai Mehrangarh Fort.

Juzcar Spain

Binaan ini merupakan salah sebuah kubu terbesar di India. Setinggi 400 kaki, kubu ini dibina semasa pemerintahan seorang pemerintah di Jaipur bernama Man Singh I pada tahun 1806.

Pada bulan Jun 2011 yang lalu, seluruh bandar Juzcar di selatan Sepanyol turut dicat dengan warna biru.

Sebanyak 4,200 liter cat dengan 12 orang penduduk tempatan ditugaskan untuk mengecat rumah dan bangunan di bandar tersebut sempena meraikan pelancaran filem Smurfs.

sumber: sentiasapanas

Thursday 12 January 2017

Misteri Makhluk Buas Dari Gevaudan

Pada pertengahan tahun 1700an, lebih dari 100 penduduk mati kerana serangan makhluk misteri yang disebut sebagai Si Buas Dari Gevaudan. Serangan yang menimpa para penduduknya masih lagi menjadi misteri sehingga kini.

Gevaudan

Tidak ada yang dapat memastikan jumlah sebenar mangsa serangan makhluk Gevaudan. Namun, Dr. Beaufort yang pernah mengkaji kes ini yakin paling kurang 210 serangan dikaitkan dengan makhluk tersebut.

Antara 210 serangan itu, seramai 49 mangsa cedera dan 113 kematian. 98 mangsa mati akibat digigit.

Semuanya bermula pada 1 Jun 1764. Ketika itu seorang remaja wanita berusia 14 tahun keluar untuk mengembala ternakannya ke sebuah padang rumput berhampiran Gevaudan, Perancis. Dia tidak menyangka apa yang menimpanya akan menjadi permulaan sebuah misteri yang berlangsung hingga ratusan lamanya.

Ketika sedang memerhatikan ternakannya, dia melihat ke arah semak-samun yang ada di situ. Gerakan pada semak itu membangkitkan rasa ingin tahunya.

Dia tidak perlu menunggu lama. Beberapa saat kemudian seekor haiwan besar seperti anjing keluar dari semak itu dan segera berlari ke arahnya. Walaupun haiwan tersebut memiliki rupa seperti anjing, badannya sangat besar, malah hampir menyamai besar seekor kerbau.

Ketika ia hendak menerkam, remaja itu menggunakan tongkat untuk memukulnya. Namun tenaga tidak mampu melawan makhluk bertubuh besar itu. Mujurlah ketika itu dia membawa bersama beberapa ekor anjing bersamanya. Anjing-anjing tersebut segera menyerang makhluk misteri itu. Makhluk itu masih berusaha mendekati gadis itu sebelum akhirnya berundur dan kemudiannya menghilang.

Tidak ada yang pernah melihat makhluk itu sebelumnya. Namun setelah peristiwa di padang rumput itu, ia mula sering muncul dan melakukan serangan yang membunuh lebih 100 orang.

Pada 30 Jun tahun yang sama, makhluk tersebut membunuh mangsanya yang pertama. Jeanne Boulet yang juga baru berusia 14 tahun ditemui mati berdekatan desa Les Hubacs, tidak jauh dari Gevaudan. Gadis malang tersebut ditemui dengan dadanya dirobek dan jantungnya yang telah dimamah.

Akhbar harian Paris Gazzete yang diterbitkan pada Jun 1764 memuatkan kenyataan saksi yang sempat melihat makhluk tersebut.

"Makhluk ini lebih tinggi dari Serigala. Tapak kakinya dilengkapi kuku. Warna bulunya kemerah-merahan. Kepalanya besar manakala mulutnya dipenuhi gigi-gigi tajam yang mirip dengan anjing Greyhound. Telinganya kecil dan lurus, dadanya lebar berwarna kelabu, sedangkan punggungnya memiliki alur berwarna hitam".

Makhluk itu juga disebut mengeluarkan bau yang sangat busuk. Maklumat yang disiarkan ini langsung tidak bersesuaian dengan mana-mana binatang yang dikenali pada zaman itu.

Pada bulan September 1764, mangsa yang mati akibat serangannya telah mencapai nisbah kepada seorang bagi setiap minggu. Setiap mangsa mati dengan keadaan mayat yang mengerikan. Biasanya leher akan dikoyak dan terlerai dari badan.

Pada bulan Oktober, kematian terus berlanjutan dengan penemuan mayat-mayat yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak di pelbagai temapt di desa.

Pada masa itu, berita mengenai makhluk ini telah tersebar luas ke seluruh Perancis. Penduduk desa di sekitar Gevaudan mengalami ketakutan yang luar biasa. Pintu-pintu rumah dikunci dan aktiviti di luar rumah dikurangkan. Mereka yang terpaksa keluar rumah akan membawa rakan dan senjata untuk melindungi diri.

Sebenarnya ada alasan lain mengapa penduduk kampung dicengkam ketakutan. Ini kerana khabar angin menyebutkan kononnya makhluk buas tersebut adalah seekor Loup Garou atau manusia serigala (Werewolf).

Khabar angin ini berkembang kerana dalam beberapa kejadian, makhluk itu dilihat tidak cedera dengan tembakan peluru yang dilepaskan. Malah, seorang petani berjaya menikamnya dengan pisau tetapi makhluk itu tidak cedera sama sekali!

Kenyataan ini membuatkan penduduk percaya mereka sedang berhadapan dengan makhluk supernatural.

Pada Januari 1765, terjadi satu peristiwa yang membuatkan Raja Perancis campur tangan. Ketika itu, Jacques Portefaix dan enam orang rakannya terserampak dengan makhluk berkenaan. Mereka berjaya melawan dan menghalaunya.

Tindakan yang dilakukan oleh Jacques dan rakan-rakannya segera menarik perhatian Raja Louis XV yang kemudiannya menghadiahkan wang penghargaan buat mereka semua.

Bukan itu sahaja, raja juga memutuskan untuk menghantar seorang pemburu serigala profesional bernama Jean Charles Marc Antoine Vaumesle d'Enneval dan anaknya Jean Francois untuk mencari serta membunuh raksasa itu. Malah, lebih dua ribu orang yang lain turut memburu makhluk tersebut.

Pada 17 Februari 1765, d'Enneval dan Francois tiba di Clermont Ferrand. Mereka membawa bersama lapan ekor anjing pemburu yang berpengalaman. Kedua-duanya menghabiskan masa selama berbulan-bulan untuk memburu dan membunuh serigala kerana mereka percaya haiwan-haiwan inilah yang telah bertanggungjawab diatas serangan-serangan berdarah tersebut.

Pada masa yang sama, jumlah serangan makhluk tersebut juga menurun.

Pada bulan Jun 1765, kesabaran raja mula goyah. Raja menggantikan dua pemburu tersebut dengan Francois Antoine yang sebelumnya bertugas sebagai pembawa senjata raja.

Pada 21 September 1765, Antoine berjaya membunuh seekor serigala besar yang memiliki ketinggian 80 sentimeter dengan panjang hingga 1.7 meter. Serigala ini telah digelar sebagai Le Loup de Chazes.

Mengenai haiwan itu, Antoine berkata: "Kami belum pernah melihat serigala dengan ukuran badan sebesar ini. Oleh kerana itu, kami menyimpulkan makhluk ini adalah makhluk yang telah melakukan serangan-serangan terhadap penduduk desa".

Bangkai serigala itu dibawa ke Versailles. Antoine dialu-alukan sebagai pahlawan dan menerima banyak wang sebagai hadiah.

Namun, serangan berdarah rupanya belum berakhir. Ini menunjukkan Antoine telah membunuh makhluk yang salah!

Gevaudan [2]

Pada 2 Disember 1765, makhluk itu kelihatan di La Besseyre Saint Mary dan menyerang dua orang kanak-kanak. Namun, pada bulan-bulan berikutnya jumlah mangsa terus menurun.

Pada tahun 1767, serangan-serangan tersebut tib-tiba sahaja terhenti dan ramai yang percaya makhluk itu telah mati.

Sayangnya kisah ini berakhir dengan kisah yang samar-samar. Tokoh sejarah mempunyai beberapa teori berbeza mengenai kisah berakhirnya serangan itu. Namun lagenda yang paling popular menyebut makhluk itu dibunuh oleh seorang penduduk tempatan bernama Jean Chastel pada 19 Jun 1767.

Menurut cerita, suatu hari, Chastel yang ketika itu sedang memburu makhluk tersebut bersama rakannya, duduk di sebuah tempat dan memutuskan untuk berdoa kepada Tuhan mengenai semua masalah ini. Setelah itu dia mengeluarkan kitabnya dan mula membaca. Baru beberapa perenggan, tiba-tiba makhluk tersebut muncul di hadapannya. Chastel segera membidik senapangnya dan membunuh makhluk itu.

Lagenda Chastel kemudian diambil oleh ramai penulis dan diubahsuai sehingga lebih berbaur kisah dongeng berbanding fakta.

Misalnya, salah seorang penulis menceritakan 'Beast of Gevauden' sebenarnya seekor serigala jadian dan Chastel sendiri adalah ayahnya. Disebabkan itulah dia berjaya membunuh dan menguburkannya disuatu tempat.

Penulis lain menyebutkan Chastel berjaya membunuhnya kerana menggunakan peluru perak.

Jadi, kita semua pada hari ini hanya membaca kisah yang bercampur-aduk antara fakta dan imaginasi.

Persoalannya, apakah sebenarnya makhluk itu?

Sumber: sentiasapanas

Wednesday 3 August 2016

Misteri Penyakit Keloid, Parut Hodoh Yang Hidup!

Pernahkah anda ternampak seseorang yang mempunyai kesan melecur pada badan? Kemudian wujud pula kesan timbul seperti bekas parut yang masih baru dan bekas parut itu kelihatan kemerah-merahan.

Keloid

Fenomena ini selalunya disebut sebagai parut hidup. Tapi tahukah anda parut sebegitu boleh membesar dan menutupi kulit seseorang. Inilah yang dinamakan sebagai Keloid.

Sehingga hari ini, tidak ada kajian lanjut mengenainya, malah sampai sekarang pun, ahli dermatologi dan saintis tidak tahu apakah punca yang menyebabkan keloid berlaku.

Boleh dikatakan semua saintis sepakat mengatakan tiada sebab munasabah yang logik untuk membuktikan bagaimana keloid boleh terjadi.

Keloid terbentuk di atas kesan parut sedia ada. Kemudian, ia akan membesar dan menutup kesan parut lalu menjadi semacam ketumbuhan pada kulit.

Caranya seakan sama dengan tumbuhan parasit yang menumpang hidup pada sesuatu tumbuhan.

Istilah perubatan menjelaskannya sebagai Hypertrophic Scar iaitu kesan parut di tempat yang sama di sesuatu bekas luka.

Hypertrophic scar
Hypertrophic Scar.

Secara mudahnya, Keloid merupakan parut yang membesar, menaik dan mempunyai bentuk yang tidak sekata.

Ia terjadi disebabkan oleh pembentukan kolagen yang berlebihan di dalam korium (lapisan kulit daripada komponen sel, elemen fiber dan matriks di bawah epidermis untuk memberi ketebalan pada kulit) semasa pemulihan tisu penghubung berlaku.

Menurut pakar, sesiapa saja berpotensi mendapat Keloid tetapi ia lebih mudah menyerang orang yang berkulit gelap. Setakat ini, belum ini ada penjelasan logik mengapa Keloid gemar menyerang orang berkulit gelap.

Malah saintis di serata dunia juga tidak menemui jawapan, cuma ada beberapa pengkaji mengaitkannya sebagai faktor genetik tetapi ia bukanlah jawapan wajar untuk menjelaskan kenapa ia menyerang mereka yang berkulit gelap.

Keloid [3]

Sehingga ke hari ini, Keloid dianggap sebagai satu misteri dalam dunia perubatan kerana ia tidak boleh disembuhkan dan tidak ada teknik atau kaedah yang mampu merawatnya.

Seseorang yang diserang Keloid akan mendapat kesan parut seumur hidup.

Proses tumbesaran Keloid kadang-kala boleh menyebabkan kecacatan terutamanya jika ia tumbuh di kawasan berhampiran deria seperti mata, telinga dan sendi.

Lazimnya, mangsa serangan Keloid akan berdepan dengan beberapa gejala seperti gatal dan pedih pada tempat terjadinya Keloid. Gejala ini dapat dikurangkan namun ia akan berterusan sepanjang hayat.

Setakat ini, Keloid dikategorikan sebagai sesuatu yang tidak bahaya kerana ia tidak boleh menyebabkan kematian.

Keloid [2]

Walau bagaimanapun, ia mampu menyebabkan seseorang merasa malu dan rendah diri kerana kesan parut begitu jelas kelihatan.

Lazimnya Keloid menyerang di lokasi segi tiga tubuh badan iaitu leher, bahu dan dada.

Walaupun terdapat rawatan yang disediakan oleh pihak perubatan kepada pesakit, rawatan yang disediakan hanyalah bertujuan untuk mengurangkan tumbesarannya sahaja tetapi untuk menghilangkan Keloid, adalah mustahil kerana ia merupakan parut kekal.

[Sumber]